BAB 7 : MALAYSIA YANG BERDAULAT

25 Jun

(1) Idea pembentukan Persekutuan Malaysia
1. Tunku Abdul Rahman mengemukakan gagasan Persekutuan Malaysia dalam majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961.

2. Idea mendapat sambutan positif

3. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan.

4 JPPM berperanan mengadakan rundingan dgn pemimpin wilayah yang terlibat

5. Tunku Abdul Rahman bawa usul gagasan Persekutuan Malaysia di Dewan Rakyat.

(2) Matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia
1. Mempercepat kemerdekaan;

i. Saiz Singapura dan jumlah penduduk Sarawak, Sabah dan Brunei terlalu kecil menyukarkan usaha memperoleh kemerdekaan secara bersendirian daripada British.

ii. Gagasan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei.

2. Keseimbangan kaum;

i. Mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dalam Persekutuan Malaysia.

3. Memajukan sosioekonomi;

i. Mewujudkan pasaran ekonomi yang lebih luas.

ii. Menyatukan sumber tenaga manusia dan sumber asli di kalangan negeri dalam Persekutuan.

iii. Hapuskan sekatan cukai di kalangan negeri Persekutuan.

iv. Memudahkan usaha untuk menarik pemodal luar.

v. Memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, Sabah dan Brunei.

4. Keselamatan dan kestabilan negara;

i. Selamatkan Singapura dan Sarawak daripada jatuh ke tangan komunis.

(3) Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia
A) Negeri-negeri terlibat
a) Persekutuan Tanah Melayu

1. Sambutan menggalakkan daripada parti politik di negeri-negeri Melayu.

2. Penduduk Tanah Melayu menerima prinsip gagasan Persekutuan Malaysia.

3. Parti PAS, menyokong idea pembentukan Malaysia tetapi mencadangkan pembentukan Melayu Raya yang merangkumi Indonesia.

b) Singapura

1. Gagasan Persekutuan Malaysia mendapat reaksi daripada parti-parti politik di Singapura.

2. Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew mengalu-alukan gagasan Persekutuan Malaysia.

3. Gagasan Malaysia dapat menyelamatkan parti PETIR daripada dikuasai oleh parti berhaluan kiri.

4. Barisan Sosialis dan Parti Rakyat Singapura anggap gagasan Persekutuan Malaysia sebagai rancangan Britain untuk mengekalkan pengaruhnya.

5. Kerajaan Singapura adakan referendum bagi meninjau pendapat penduduk Singapura terhdp gagasan Persekutuan Malaysia.

6. Hasil referendum – penduduk Singapura sokong penggabungan dgn Persekutuan Malaysia.

c) Sabah;

1. Parti politik baru ditubuhkan untuk menyalurkan pendirian rakyat terhadap gagasan Persekutuan Malaysia.

2. Diantara parti politik di Sabah ialah;

Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)
Parti Bersatu
Parti Demokratik
Pasok Momogun
3. Parti politik sokong terhadap gagasan Malaysia.

4. Parti Bersatu dan Parti Demokratik kenakan syarat iaitu menyokong dengan syarat Sabah merdeka terlebih dahulu.

5. Parti Pasok Momogun pada awalnya menentang kerana Sabah perlu bersatu dgn Sarawak dan Brunei.

6. Pembentukan Perikatan Sabah di bawah pimpinan Donald Stephens & Tun Datu Mustapha bin Datu Harun.

7. Perikatan Sabah memenangi pilihan raya Majls Daerah pertama pada 1962.

8. Perikatan Sabah memenangi 104 kerusi drp 119 kerusi.

d) Sarawak

1. hampir kesemua parti politik sokong gagasan Persekutuan Malaysia.

2. Hanya Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang menentang pada awal dan akhir pendiriannya.

3. Pada awalnya parti ini menentang kerana Sarawak perlu bersatu dengan Sabah dan Brunei.

4. Parti yang menentang pada awalnya iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

5. Kesemua parti politik di Sarawak kecuali SUPP mengambil pendirian utk sertai Persekutuan Malaysia.

6. Parti-parti tersebut bergabung membentuk Perikatan Sarawak bagi menghadapi Pilihan Raya Majlis Daerah pertama diadakan pada tahun 1963.

7. Perikatan Sarawak memenangi pilihan raya tersebut.

e) Brunei

1. Idea gagasan Malaysia dapat sokongan kuat Sultan Omar Ali Saifuddin

2. Ditentang oleh Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M Azahari.

3. A.M. Azahari menyatakan Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Malaysia.

4. A.M. Azahari cadangkan penubuhan kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri drp Brunei, Sarawak dan Sabah.

5. Apabila usul menentang gagasan Persekutuan Malaysia yang dibawa oleh Parti Rakyat Brunei di Majlis Undangan Negeri Brunei ditolak, mereka melancarkan pemberontakan.

6. Rundingan diteruskan.

7. Perkara yang berkaitan dengan hasil minyak dan kekananan sultan Bunei dalam pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong masih tidak mendapat kata sepakat.

8. Julai 1963, Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia.

(4) Reaksi dari Negara-negara Jiran
a) Indonesia

1. Pada mulanya menyokong gagasan Persekutuan Malaysia.

2. Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio mengutus ucapan tahniah kerana usaha untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia.

3. Pendirian Indonesia berubah kerana terpengaruh dengan dakyah oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menuduh gagasan Malaysia sebg neokolonialisme.

4. PKI berasa tergugat dengan pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia

5 Gagasan Malaysia bertentangan dengan hasrat Presiden Soekarno untuk menyatukan Indonesia dengan Tanah Melayu bagi membentuk Indonesia Raya.

b) Filipina

1. Filipina menentang ggasan Persekutuan Malaysia

2. Mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu.

c) Negara-negara Barat

1. Gagasan Persekutuan Malaysia mendapat sokongan daripada kerajaan Britain dan Amerika Syarikat.

2. Menganggap gagasan Persekutuan Malaysia mempercepat proses kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei.

3. Pengaruh komunis dapat disekat.

(5) Langkah ke arah pembentukan Persekutuan Malaysia
1. 27 Mei 1961- Gagasan Persekutuan Malaysia

Dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman
2. Julai 1961- Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

memberi penerangan kepada pemimpin Sarawak dan Sabah.
3. Feb-Apr 1962 – Suruhanjaya Cobbold

meninjau pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah.
Hasil laporan ini rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia.
4. Ogos 1962 – Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK)

bincang hak dan kepentingan Sabah, Sarawak dan Brunei untuk dimasukkan dalam perlembagaan.
Hasil laporannya, tuntutan 20 Perkara Sabah dicadangkan & dimasukkan dalam perlembagaan.
5. Sept.1962- Referendum Singapura

meninjau pendapat penduduk Singapura.
Penduduk Singapura bersetuju
6. Ogos 1963- Suruhanjaya PBB

meninjau semula pandangan penduduk Sarawak dan Sabah atas permintaan Indonesia dan Filipina.
Penduduk Sarawak dan Sabah berhasrat menyertai Persekutuan Malaysia.
7. 16 September 1963-

Perisytiharan Persekutuan Malaysia
(6) Perisytiharan Persekutuan Malaysia
1. Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan hasil memorandum daripada Sarawak dan Sabah.

2. Rakyat Sabah kemukakan Tuntutan 20 Perkara

Antara Tuntutan 20 Perkara Sabah;

Tiada agama rasmi.
Kebebasan beragama.
Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.
Imigresen di bawah kuasa kerajaan negeri.
Malaysia menjadi nama persekutuan.
Dasar pelajaran sedia ada dikekalkan.
Peruntukan kerusi parlimen.
Pelantikan ketua negeri oleh ratu British dan Yang di-Pertuan Agong.
3 Semangat toleransi dan keikhlasan kerajaan Tanah Melayu merealisasikan gagasan Persekutuan Malaysia.

5. Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough House, London.

6. KandunganPerjanjian Persekutuan Malaysia ialah;

i. Semua urusan hal ehwal luar tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

ii. Agama Islam agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain ebas diamalkan.

iii. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.

iv. Bagi Sarawak dan Sabah, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia.

v. Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.

vi. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

7. Isi perjanjian dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

8. Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman membacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

9. Laungan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali

(7) Konfrontasi dan perdamaian
1. Apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan, Indonesia dan Filipina enggan iktiraf Malaysia

2. Indonesia melancarkan konfrontasi.

3. Filipina menunjukkan reaksi yang sama

4 tentera Indonesia menceroboh kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

5. pemimpin Malaysia dan Indonesia tetap meneruskan usaha perdamaian.

6. Malaysia membuat bantahan rasmi terhadap pencerobohan tentera Indonesia kepada PBB melalui Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada ketika itu.

7. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat bertindak kerana dihalang oleh kuasa veto Rusia. Rusia bertindak sedemikian kerana mempunyai hubungan baik dengan Indonesia.

8. Kerajaan menyusun semula Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau dikenali Askar Wataniah.

9. Rakyat tempatan menyertai PPT untuk mempertahankan negara daripada pencerobohan tentera Indonesia.

10. Malaysia mendapat sokongan tentera dr negara Komanwel spt Britain, Australia, New Zealand dan Kanada

11. Rakyat Malaysia bersatu dalam menghadapi konfrontasi

12. Konfrontasi terhadap Malaysia semakin kendur apabila tentera Indonesia di bawah pimpinan Jeneral Soeharto berjaya ambil alih kuasa daripada Presiden Soekarno selepas peristiwa Gestapo 30 September.

13. Gestapo 30 September merupakan percubaan rampasan kuasa oleh PKI di Indonesia.

14. Dalam peristiwa itu, D.N. Aidit iaitu pemimpin PKI terbunuh.

15 Perjanjian pemulihan hubungan antara Malaysia dengan Indonesia ditandatangani pada bulan Ogos 1966.

16. Filipina memulihkan hubungan dengan Malaysia.

(6) Usaha ke Arah Perdamaian Malaysia-Indonesia
1. Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo (Mei 1963)

a. Ant. Tunku Abdul Rahman &Presiden Sukarno

b. Hasilkan persetujuan untuk membawa isu konfrontasi ke sidang kemuncak di Manila.

2. Sidang Kemuncak di Manila (30 Julai – 5 Ogos 1963)

a. MAPHILINDO (Malaysia, Filipina,dan Indonesia) ditubuhkan. Tujuan meningkatkan hubungan persahabatan negara anggota.

b. Menuntut wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan semula terhadap pendapat rakyat Sarawak dan Sabah untuk menyertai Persekutuan Malaysia.

3. Persidangan di Bangkok (Februari 1964)

a. Malaysia diwakili oleh Tun Abdul Razak dan Indonesia diwakili oleh Dr. Subandrio.

b. Kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat berkenaan gencatan senjata.

4. Persidangan di Tokyo (Jun 1964)

a. Persidangan gagal

b. Indonesia enggan mngundurkan tenteranya

c. Menuduh Malaysia membelakangkan keputusan Sidang Kemuncak Manila.

(7) Pemisahan Singapura
1. Singapura bangkitkan isu sensitif sehingga meretakkan hubungan baik dengan kerajaan pusat.

2. Singapura menjadi “duri dalam daging” kepada Malaysia.

3. PETIR dan pemimpinnya Lee Kuan Yew sering mempertikaikan peruntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

4. Lee Kuan Yew berhasrat mengambil alih peranan parti MCA yang mewakili kaum Cina.

5. Faktor pemisahan Singapura dari Malaysia;

i) Masalah Ekonomi

a. Singapura tuntut agar statusnya sebagai pusat perindustrian, perdagangan dan pelabuhan bebas tidak disaingi oleh kerajaan pusat.

b. Singapura tuntut keistimewaan cukai daripada kerajaan pusat.

ii) Konsep Malaysian Malaysia

a. Singapura tuntut hak sama rata untuk semua rakyat tanpa mengira kaum.

b. Singapura menafikan institusi raja dan menentang hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

iii) Pertikaian Parti Perikatan – PETIR

a. PETIR tuduh MCA tidak mewakili kepentingan kaum Cina.

b. PETIR bertanding menentang parti Perikatan dalam pilihan raya 1964 di Sem. Malaysia.

iv) Rusuhan Kaum

a. Banyak kenyataan oleh pemimpin PETIR membangkitkan sentimen perkauman.

b. Rusuhan kaum di Singapura gugat keselamatan

6. Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman membuat keputusan – singkirkan Singapura

7. Pengisytiharan Pemisahan Singapura dari Malaysia dibuat pada 9 Ogos 1965.

(8) Rumusan
1. Persekutuan Malaysia mempertikaikan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman.

2. Tunku Abdul Rahman digelar Bapa Kemerdekaan Malaysia.

3. Semangat kerjasama, setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat membawa kepada pembentukan Malaysia.

usaha menbanteras ancaman komunis

8 May

BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

By Cikgu Azid

BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

(1) Pengusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis

1. Komunisme diasaskan oleh Karl Marx

2. Komunisme memperjuangkan;

i. masyarakat tanpa kelas,

ii. memiliknegarakan tanah dan perindustrian.

3. Communist International (Comintern) atau Pertubuhan Komunis Antarabangsa menyebarkan ideologi komunis ke seluruh dunia.

(a) Cara penyusupan Komunis

1. melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang.

2. sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan, kelas malam dan penerbitan.

3. Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI)

4. Orang Melayu tidak tertarik dgn komunis kerana bertentangan dgn agama Islam dan adat resam.

5. Komunis tidak mengakui kewujudan Tuhan.

6. Komunis guna kekerasan dan kezaliman.

(b) Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM)

1. Tahun 1930, PKM ditubuhkan.

2. PKM melatih ramai kader dan menyusup ke dalam kesatuan sekerja.

3. Cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal.

4. Antara kegiatan PKM;

i. pengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang dan kilang.

ii. galakkan kegiatan sabotaj, mogok dan tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai.

iii. lancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu.

5. Mogok di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor.

6. Pemimpin terlibat dgn mogok dihantar pulang ke China.

7. Pemimpin PKM ditahan.

8. PKM menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun.

9. Anggota PKM dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.

10. PKM bentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)

11. British bekalkan senjata kepada pasukan tersebut melalui Force 136.

12. Selepas perang tamat, British meminta MPAJA dibubarkan dan serahkan semula senjata

13. MPAJA enggan dan menyembunyikan sebahagian daripada senjata

14. Setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata dibayar sebanyak $350.00 serta menerima satu beg beras daripada pihak British.

15. PKM menyusup dalam kesatuan sekerja

16. PKM terlibat secara aktif dalam kegiatan politik.

(c) Keganasan komunis

1. PKM hadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia diadakan di Calcutta, India.

2. Persidangan galakkan parti komunis adakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat

3. PKM menubuhkan unit gerila – Malayan Races Liberation Army (MRLA).

4. PKM mulakan pemberontakan dengan menyerang ladang dan lombong milik syarikat Eropah.

(2) Langkah Membanteras Ancaman Komunis
(a) Pengisytiharan darurat

1. Komunis bunuh tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.

2. Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent isytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu.

3. British kuatkuasakan Undang-undang Darurat 1948 (boleh menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam komunis dan membenarkan pasukan keselamatan menggeledah rumah kediaman)

(b) Pengharaman Parti Komunis Malaya atau parti berhaluan kiri

1. Parti Komunis Malaya diharamkan

2. Pengharaman parti politik berfahaman kiri yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PKMM) dan Hisbul Muslimin.

(c) Memperbesarkan pasukan keselamatan

1. Memperbesarkan pasukan tentera dan polis.

2. Pasukan polis disusun semula dan diperbesarkan

3. Bawa masuk askar dari negara Komanwel (Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji)

4. Tubuhkan pasukan Home Guard di peringkat kampung

5. Penubuhan pasukan Home Guard meniupkan semangat mempertahankan negara.

6. Mata-mata Khas Melayu (Special Constables) dilatih dan dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong yang terpencil.

7. Pasukan keselamatan mengebom dan melakukan serangan hendap dengan bantuan Tentera Udara British.

(d) Rancangan Briggs

1. Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney tahun 1950.

2. Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs menjadi Pengarah Operasi.

3. Penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan penempatan baru.

4. Penempatan semula digelar “kampung baru”.

5. Bertujuan menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan ubat-ubatan kepada pihak komunis.

6. Melumpuhkan gerakan Min Yuen.

7. Setinggan Cina dipindahkan ke kampung baru

8. Kampung baru dilengkapi dengan kemudahan asas

9. Kampung baru dipagari dengan kawat berduri dan dikawal oleh Special Constable (SC).

10. Di kampung baru, setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan

11. Melaksanakan program “Gerakan Kelaparan”. bagi memastikan komunis tidak mendapat sebarang makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan.

12. Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)

13. MCA menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan. Kutipan jualan didermakan kepada penduduk setinggan Cina.

14. Sekatan jalan raya diadakan utk cegah makanan, ubat & maklumat sampai ke tangan komunis.

15. Sistem pendaftaran kebangsaan bagi mengawal pergerakan penduduk.

16. Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih diberi kad pengenalan – membezakannya dengan pengganas komunis.

17. Rancangan Briggs melumpuhkan rangkaian gerakan PKM.

18. Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM mengambil keputusan untuk mengurangkan kekejaman dan berundur ke selatan Thailand.

(e) Perang Saraf

1. Menghapuskan pengganas komunis melalui kempen “memenangi hati dan fikiran”.

2. Memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu

3. Sir Henry Gurney mati dibunuh dalam satu serangan hendap ketika perjalanan ke Bukit Fraser.

4. Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British dan Pengarah Gerakan bagi menggantikan Sir Henry Gurney.

5. Sedari kekerasan dan senjata tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis.

6. Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”

7. Membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis.

8. Risalah menentang komunis diedarkan.

9. Timbulkan kebencian terhadap komunis.

10. Rela hati tawarkan diri menyertai pasukan keselamatan dan polis

11. Perkenalkan konsep kawasan hitam dan putih;

– Kawasan hitam ialah kegiatan pengganas komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung.

– Kawasan putih ialah kawasan yang telah diisytiharkan bebas daripada ancaman komunis.

12. Bagi menarik sokongan orang Cina, Templer melonggarkan syarat kewarganegaraan.

13. Menaikkan jumlah hadiah kepada penduduk yang dapat menangkap atau memberi maklumat tentang gerila komunis.

14. Langkah kerajaan menentang komunis diuar-uarkan oleh sultan dan menteri besar setiap negeri.

15. Sultan Pahang ingatkan rakyat jangan terpedaya dengan janji komunis.

16. komunis dianggap pengkhianat negara.

17. Menteri Besar Pahang ingatkan orang ramai supaya tidak melupakan kekejaman komunis

18. Dato’ Onn Ja’afar menyeru rakyat membantu kerajaan menghapuskan komunis

19. Kerajaan menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis

20. Kerajaan kuatkuasakan peraturan catuan bekalan makanan.

21. Pengganas komunis terpaksa bercucuk tanam

22. Pasukan keselamatan menyembur racun ke kawasan tanaman tersebut.

(f) Pengampunan beramai-ramai

1. Kerajaan menawarkan pengampunan bagi menggalakkan pengganas komunis menyerah diri.

2. Risalah dan pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil.

(g) Pertemuan Baling

1. Parti Perikatan kemukakan manifesto menjanjikan kemerdekaan segera serta menamatkan darurat.

2. Tunku Abdul Rahman membuat rundingan dengan komunis

3. Chin Peng menulis sepucuk surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan.

4. Pada 28 dan 29 Disember 1955, pertemuan di Baling, Kedah.

5. Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng membubarkan PKM, meletak senjata dan menyerah diri.

6. Chin Peng mengenakan syarat iaitu PKM akan meletakkan senjata dan menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah.

7. Pertemuan gagal – Tunku enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng.

8. Tanah Melayu capai kemerdekaan semasa undang-undang darurat belum ditamatkan.

9 Dengan kemerdekaan Tanah Melayu, pengaruh komunis semakin lemah.

10. Darurat tamat pada 31 Julai 1960.

(3) Kesan Darurat
a) Politik

1. Kuatkuasakan Undang-undang Darurat

2. Bendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri.

3. Longgarkan syarat kerakyatan kepada orang bukan Melayu supaya tidak memihak komunis.

4. Percepat langkah taraf berkerajaan sendiri

5. Sebelum Pertemuan Baling, British janji menyegerakan pemberian kemerdekaan

6. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam pertubuhan politik berhaluan kanan.

7. Mengikis pandangan negatif yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis.

b) Ekonomi

1. Kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam dan gangguan terhadap buruh ladang menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara.

2. Wang banyak digunakan untuk memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan polis dan Home Guard.

3. Kerajaan kurang memberi tumpuan untuk membangunkan kawasan luar bandar.

4. Kerajaan kurang memberi perhatian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kerana menumpukan pembangunan di perkampungan baru.

c) Sosial

1. Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis dan orang awam terkorban.

2. Membawa kesengsaraan

3. Penduduk menghadapi kesukaran untuk

Hello world!

8 May

Welcome to WordPress.com! This is your very first post. Click the Edit link to modify or delete it, or start a new post. If you like, use this post to tell readers why you started this blog and what you plan to do with it.

Happy blogging!